Thursday, November 25, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN ABAH


Pada 17 november 2010 bersamaan hari raya haji yg lepas abah ku juga menyambut ulangtahun nyer yg ke 58.Semua abg serta adik ku pulang ke kampung untuk berhari raya dan sekalian menyambut ulang tahun ayah ku kecuali aku yg tercampak di rantau org dan tak dapat sama2 meraikan nya.huhuhuhuhuhu sedih gak aku rasa.Aku hanya menelefon dan menghantar sms kepada abah tercinta ucapan hari lahir.Semoga umur abah panjang dan sihat selalu.I love u abah jasamu membesarkan aku dan adik beradik yg lain mmg tak dapat kami balas selain memberikan kegembiraan kepadamu.Percayalah kami semua amat sayang padamu......SELAMAT ULANGTAHUN ABAH........adiosssssss

Thursday, November 11, 2010

Allah SWT lebih menyayangginya.........

Tanggal 1 Nov 2010 adalah tarikh yg tak mungkin kami sekeluarga lupakan....aku dan suami berbincang utk pulang ke malaysia kerana mendengar khabar bahawa ibu mertua ku semakin sakit dan admitted di hospital serdang..sebenarnya pasport keluarga ku di pegang oleh pihak imigrasi di jakarta kerana proses perpanjangkan premit kerja suamiku.Aku dan suami beberapa kali menelefon ke ayah mertua dan adik iparku menanyakan keadaan ibu mertuaku.Khabar yg kami terima pada mulanya bagus ibu ku masih bisa berbicara dan bergurau.Tapi keadaan nya pada malam itu terlalu serius kata mereka bahagian dalaman ibu mertuaku rosak boleh dikatakan semua organnya...aku dan suami risau dan kami berusaha utk mendapatkan pasport dari pihak imigrasi supaya kami bisa pulang.Tapi..............ternyata kami terlambat tak sempat untuk berjumpa ibu mertuaku buat kali terakhir...pada jam 1145mlm adik iparku menelefon dan memeberitahu kalau keadaan ibu semakin buruk dan ibu tidak sedarkan diri...berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak hospital dan tepat jam 1150mlm ibu pergi menghembuskan nafasnya yg terakhir....terasa sedikit terkilan tapi kami sekeluarga mengredhakannya....kami akhirnya dapat pulang ke malaysia dah sampai ke kampung tepat jam 930pg...keaadan suram mengyelubunggi rumah....aku sebagai menantu yg paling tua sedia memberi khidmat terakhirku utk ibu mertuaku...sebernarnya ini lah kali pertama aku memandikan mengkafan kan dan menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan......kami akan selalu merinduimu ibu semoga rohnya di cucuri rahmat ....ternyata Allah lebih menyayangginya.........Al-Fatihah....