Wednesday, January 9, 2013

Hati resah gelisah

hari ni hati rasa tk sedap je tak tau lah kenapa.....but berharap sgt tak de apa2 yg berlaku....dugaan demi dugaan datang melanda but mkg Allah SWT sedang menguji keluarga ku....Alhamdulillah ujian bermakna Allah masih sayangkan keluarga aku.....cuma aku berdoa supaya tabahkan hati ku dan suamiku utk menempuh ujian ini.....btw lagi 2 hari je aku akan terbang ke malaysia. actually ada urusan sikit sambil cuci2 mata le hehehehheheh but sekejap je....mkg sambut birthday kat sana juga kot hihiiihhi dah 4 tahun tak sambut birhtday kat malaysia...doakan supaya everything berlancar dan kami selamat pergi dan pulang ye....love u...

Tuesday, January 8, 2013

My baby Boy...

ermmmmm ni lah dia birthday boy Adam...hensem kan anak mama...heheheheheh 4 januari 2013 genap le usianya 6 tahun.....mama doakan semoga adam menbesar menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat........ love you always muahhhhhhhhhh

Happy New Year

Happy new year.....hahahahhahah kelakarkan setiap tahun baru, barulah aku teringat nak buka balik blog ni...tu la org berblog aku pun nak ber blog juga :)....sudahnya blog membisu seribu bahasa...ermmmmm nak cite apa ye...minggu lepas anak bongsu ku menyambut ulang tahunnya yg ke 6...sekejap je rasanya dah besar anak mama...tapi kitaorg celebrate sederhana je buat pulut kuning and hantar ke office my hubby....yg penting yg boy happy.....setiap tahun berganjak umur kita juga akan meningkat juga...sedar2 aku pun dah tua ni huhuhuhuuu...and dlm sedar tak sedar rupa2nya dah hampir 4 tahun aku tinggal di tempat org...dugaan mmg le banyak sgt...tapi aku cuba menganggapnya asam garam kehidupan.....cuma berdoa dan berharap masih ada sinar yg bergemerlapan di tahun 2013 ni buat aku sekeluarga....aamiinnnnn

Tuesday, February 21, 2012

CARA JADIKAN ANAK GENIUS - dato fazilah kamsah

ATACARA MENDIDIK ANAK GENIUS.
- menurut kajian pakar kanak-kanak, semua anak yg dilahirkan memang memiliki naluri atau keinginan belajar,bermotivasi dan ada rasa ingin tahu sejak dari kecil
“cuma ada ibu bapa yg tidak perihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi keinginan ini. Jadi kepintaran yg ada tidak digunakan sepenuhnya untuk menerokai apa yg ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintaranya tebantut begitu sahaja.sebab itulah ada kes,semasa kecil seseorang kanak-kanak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan dewasa,kegeniusan ini hilagn begitu saja kerana tidak ada rangsangan beterusan dari ibu bapa” ujar fadzilah kamsah.
Untuk itu beliau tlh memberikan tip bagaimana tatacara yg bekesan dalam mendidik anak menjadi genius.

1 ) Doa ibu bapa
sebagai ibu bapa doa sangat penting kerana hanya Allah tempat kita memohon agar anak2 yg dilahirkan sentiasa dalam pelindunganya, diberikan kecerdasan akal,akhlak mulia,mendengar kata dan bebudi pekerti.Bila pakej ini ada dlm disi seseorang dr kecil, tdk mustahil anak itu blh menjadi genius sebagaimana yg diharap oleh ibu bapa dlm doanya,pun begitu,pastikn doa yg dilakukan dgn niat ikhlas ,tulus penuh rendah dir kpd Yang Maha Esa.

2 ) didik secara besungguh2.
Anak genius adalah seorang anak yg suka mencr ilmu, sentiasa betanya ,befikir dan sentiasa mempunyai naluri ingin tahu dlm dirinya,jika ibu bapa mengenal pasti potensi ini dari awal,maka itu petanda anak itu boleh dirangsang menjadi genius.Maka ibu bapa haruslah bersungguh2 untuk mendidik ,menggalak dan merangsang keperluan ini dan membimbing potensi yg ada supaya tidak di salahgunakan kpd yg tidak baik, sebab itulah ibu bapa harus tegas dlm memantau pembelajaran anak. namun pantauan mestilah penuh behemah dan kasih sayang.

3 ) Terima anak seadanya.
Bukan semua impian dan harapan untuk mendapat anak genius itu menjadi kenyataan .oleh itu jangan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap anak,malah setiap anak itu tidak sama kepintaran dan kelebihan yg dimiliki. terimalah anak seadanya.Hanya kebijaksanaan ibu bapa menggilap potensi,jika ada usaha kalau anak tidak genius pun dia boleh menjadi seorang yg pandai.tetapi tidak lah genius krn anak yg genius adalah anak yg sentiasa rajin mencari ilmu dan sentiasa befikir.

4 ) sediakan suasana yg boleh merangsang.
Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah tangga yg boleh merangsang otak anak.contohnya,melalui warna dinding ,barang permainan dan perhiasan rumah.semua ini,ada maksud tertentu. bapa misalnya boleh bercakap dgn anak, kenapa dia meletakan meja di sudut tertentu. Jelaskan sebabnya kerana ia mengarah kiblat,Atau papa cat bilik warna hijau adalah untuk memberikanya suasana lebih santai dan tenang dan kreatif befikir.

5 ) Amalkan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat.
Otak cergas datang dari badan dan makanan sihat,Anak genius tidak makan makanan ringan.Galakan atau lakukan besama anak rutin melakukan senaman,riadah dan besukan .

6) sentiasa mengekalkan hubungan rapat dgn anak.
Sebagai ibu bapa,hubungan dgn anak mestilah rapat mesra dan harmoni dalam kehidupan berkeluarga dan saling memerlukan,betimbang rasa,betolak ansur dan memahami satu sama lain walaupun dgn anak.

7 ) menjalin hubungan rapat dengan guru
sentiasalah mengadakan hubungan rapat dgn guru,jadi guru akan menyayangi dan mengambil berat pada anak kita. Sentiasa tolong menolong dan berbincang dgn guru tentang pelajar dan perilaku anak di sekolah.

Selamat ulangtahun sayang


21 febuari aku dan anak ku menhitung hari menunggu tiba nya tarikh itu....ya ulangtahun suamiku yg ke 37...setelah hampir sepuluh tahun kami melayari bahtera kehidupan bersama2 tapi setiap kali ulangtahun pasti tetap kami raikan sekeluarga....suamiku seoarg yg bertanggungjawab walaupun agak panas baran and tak begitu romantik namun dia tak pernah abaikan aku dan anak2 nya.....dia juga seorg yg penyayang naluri seorg ayah itu mmg ada dlm dirinya....kadang2 ia cuba untuk memenuhi segala permintaan anak2nya dan juga diriku....kesian suamiku yg penat lelah berkerja demi untuk kami sekeluarga....aku amat menghargai kehadiran suamiku dlm diriku dan amat bersyukur menjadi isterinya.....ketahuilah suamiku bahawasanya diri ini dan anak2 mu amat2 menyayangi diri mu......SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG.......

Wednesday, February 15, 2012

Salam 2012

Assalammualaikum.......udah hampir setahun blog ini terbiar kaku tanpa ada bait2 kata yg tercoret...ada juga yg mengomel bertanyakan kesunyiaan blog ini....sebenarnya banyak masalah yg menimpa membuatkan aku tidak ada minat utk menulis di sini...terutama masalah ttg kehidupan aku di rantau org..susah utk fahami atau dalami sifat2 org2 di sini...kebanyakkan semuanya harapkan pagar tapi pagar yg makan padi...kecewa...adalah sedikit tapi aku redha di atas segala apa yg tersurat mkg ada hikmah di sebalik semua yg berlaku...semoga aku berharap agar kehidupan keluarga ku kedepan nanti lepas aman dan bahagia......insyaallah jika di izinkan tuhan akan ku coretkan kisah2 yang menarik di sini....

Saturday, January 1, 2011

HAPPY NEW YEAR

Pejam celik pejam celik dah habis tahun 2010....rasanya sekejap je dah berakhlih tahun.....Alhamdulillah masih di panjangkan usia untuk melangkah kan kaki ke tahun 2011.....semoga tahun ini membawa beribu kejayaan buat aku sekeluarga.....semoga di murahkan rezeki dan diberkati dan selalu di dalam lindungan Allah SWT.Umur dah makin meningkat huhuhuhuuhu tak sanggup rasanya nak melangkah ke alam 40an pulak nanti huhuhuu.....walau apa2 pun Selamat Tahun Baru sue ucapkan buat semua.....adiosssss