Sunday, December 12, 2010

pasrah

mmmmmmmm kadang2 aku terfikir.....bila lah hidup ini akan tenang tanpa dugaan.sebernanya aku penat dan lelah dgn masaalah semuanya...salah aku kah...entah..aku masih mencari jawapan yg pasti..betulkah langkah ku ini...namun hidup harus di teruskan. cuma aku benar2 berharap tuhan memberikan aku kekuatan dalam menghadapi hidup ini.aku amat memerlukannya....tiada tempat hendak ku luahkan melainkan di atas laman blog ku sendiri.....aku benar2 pasrah.....

Thursday, November 25, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN ABAH


Pada 17 november 2010 bersamaan hari raya haji yg lepas abah ku juga menyambut ulangtahun nyer yg ke 58.Semua abg serta adik ku pulang ke kampung untuk berhari raya dan sekalian menyambut ulang tahun ayah ku kecuali aku yg tercampak di rantau org dan tak dapat sama2 meraikan nya.huhuhuhuhuhu sedih gak aku rasa.Aku hanya menelefon dan menghantar sms kepada abah tercinta ucapan hari lahir.Semoga umur abah panjang dan sihat selalu.I love u abah jasamu membesarkan aku dan adik beradik yg lain mmg tak dapat kami balas selain memberikan kegembiraan kepadamu.Percayalah kami semua amat sayang padamu......SELAMAT ULANGTAHUN ABAH........adiosssssss

Thursday, November 11, 2010

Allah SWT lebih menyayangginya.........

Tanggal 1 Nov 2010 adalah tarikh yg tak mungkin kami sekeluarga lupakan....aku dan suami berbincang utk pulang ke malaysia kerana mendengar khabar bahawa ibu mertua ku semakin sakit dan admitted di hospital serdang..sebenarnya pasport keluarga ku di pegang oleh pihak imigrasi di jakarta kerana proses perpanjangkan premit kerja suamiku.Aku dan suami beberapa kali menelefon ke ayah mertua dan adik iparku menanyakan keadaan ibu mertuaku.Khabar yg kami terima pada mulanya bagus ibu ku masih bisa berbicara dan bergurau.Tapi keadaan nya pada malam itu terlalu serius kata mereka bahagian dalaman ibu mertuaku rosak boleh dikatakan semua organnya...aku dan suami risau dan kami berusaha utk mendapatkan pasport dari pihak imigrasi supaya kami bisa pulang.Tapi..............ternyata kami terlambat tak sempat untuk berjumpa ibu mertuaku buat kali terakhir...pada jam 1145mlm adik iparku menelefon dan memeberitahu kalau keadaan ibu semakin buruk dan ibu tidak sedarkan diri...berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak hospital dan tepat jam 1150mlm ibu pergi menghembuskan nafasnya yg terakhir....terasa sedikit terkilan tapi kami sekeluarga mengredhakannya....kami akhirnya dapat pulang ke malaysia dah sampai ke kampung tepat jam 930pg...keaadan suram mengyelubunggi rumah....aku sebagai menantu yg paling tua sedia memberi khidmat terakhirku utk ibu mertuaku...sebernarnya ini lah kali pertama aku memandikan mengkafan kan dan menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan......kami akan selalu merinduimu ibu semoga rohnya di cucuri rahmat ....ternyata Allah lebih menyayangginya.........Al-Fatihah....

Saturday, October 30, 2010

LAIN YG DI HARAP LAIN YG JADI

Sebenarnya hari ni ada acara united nation day di sekolah adam(anak bongsu)...me and my hubby punya le excited nak tgk petunjukkan dia konon2nya adam ni ada dancing...siap bawa video camera and my hubby bawa le camera dia yg besor tu mmg excited sesangat....sampai kat sekolah Adam lak leh nangis2 tak nak join the group. pueh le aku pujuk cara baik dan cara kasar(heheheh)tapi dia tak nak juga...last2 aku yg dah tension giler ni terus ajak my hubby balik....tak yah tgk..ye lah kita nak tgk anak kita bukan anak org lain tapi anak kita tak nak lak apa lagi angkat kaki je lah.....Mmg dah tension giler bila adam buat perangai macam tu selalu nya dia ok mmg dia tak boleh tgk aku and my hubby datang sekolah dia mesti dia ngada2 punya....aku org terakhir sampai aku org pertama balik ada lam 5 minute je aku kat situ.mmg lain yg di harap lain yg jadi.....adiosss...

Thursday, October 28, 2010

HUJAN

Masuk hari ni dah dekat seminggu di jakarta ni asyik hujan je.Dua hari lepas sampai banjir depan rumah ni dek kerana hujan yg lebat...tambahan di jakarta ni peparitan tak le begitu sempurna so hujan yg lebat walaupun baru setengah jam tapi air nya udah naik hingga ke buku lali...mmmmmmmm bila hari mendung mood kita pun jadi mendung jugakan........tambahan baru2 ni maid berhenti mendadak.Hairankan kita baik macam mana pun dgn dia tapi tetap tak dihargai...kata kawan2 ku mmg sikap org mereka begitu.Tension pun ada gak dah le berhenti mendadak siap di buruk2kan nama aku lagi...sekarang aku tengah berhempas pulas mengajar maid yg baru.Tapi yg hairan nyer org sini bila minta kerja kata ada pengalaman 5-6 tahun tapi bila suruh kerja macam tak pernah kerja macam mana tu isk isk isk.... actually aku dah malas nak ambik maid lagi tapi bila fikir tamu2(bos my hubby) yg bakal hadir aku terpaksa juga, sbb nanti kalau tamu(bos my hubby) datang aku gak kena melayan sampai malam so sapa nak jaga anak2 aku lak kang...nak tak nak terpaksa le juga.....cuma aku berharap agar maid yg baru ni tak menyusahkan aku lg.....adiossss

Tuesday, October 26, 2010

PERMULAAN

Assalamualaikum...blog ni saja suka2 luahan hati saya....ye lah zaman sekarang semuanya pakai IT. Jadi kepada sesiapa yg terbaca ruangan ini dan ada yg tak suka silalah bertukar ke blog lain ye....heheheheheh....btw kepada sesiapa yg berminat saya ucapkan thanks kerana sudi melawat blog saya dan layan cerita2 saya....adiosss....